Sunday, June 26, 2022

Anak miskin wajah sama iras, tarik perhatian bilionaire Jack Ma

Secara Rawak

JIANGXI: Anda sudah mendengar bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berminat melantik jutawan internet China bernama Jack Ma menjadi penasihat ekonomi digitial kerajaan Malaysia, tetapi anda mungkin  belum membaca kisah kanak-kanak berusia 8 tahun yang wajahnya iras Jack Ma yang sudah berusia 52 tahun.

Kisah hidup Fan Xiaoqin diviral kali pertama tahun lepas di media sosial tetapi tidak mendapat perhatian.

Namun viral kali kedua kisah hidup Fan yang wajahnya seiras Jack Ma atau nama lainnya Ma Yun, menarik perhatian bilionaire terkenal pengasas merangkap CEO Ali Baba Group di China itu.

Wajah seiras, tetapi nasib Fan teramat jauh berbeza dengan kehidupan bilionaire Jack Ma yang memiliki kekayaan AS$27.9 bilion itu.

Fan hidup dalam keluarga miskin di bandar Yongfeng, timur Jiangxi dengan ibunya sakit polio.

Sementara, ayah Fan cacat kehilangan sebelah kaki dan neneknya pula menghidap alzheimer.

Berita jxnews.com.cn pada 13 November melaporkan, ketika kisah Fan diviralkan ramai netizen menyarankan agar Jack Ma membantu kanak-kanak malang yang wajahnya seiras Jack Ma.

Video nasib hidup Fan Xiaoqin dipaparkan di Youtube:

https://youtu.be/jzlpTAEkU0I

https://youtu.be/4XIRicw8e4I

Menjelang kejayaan Jack Ma membuat rekod jualan pada Single Day 11 November lepas, hatinya terbuka mengisytiharkan bahawa beliau sedia membiayai Fan.

Menurut Shanghaiist, Jack Ma merancang menggunakan sebahagian keuntungan diperolehnya pada bonanza Singles Day Ali Baba membantu Fan sehingga dia memasuki dan tamat universiti.

Jack Ma berkata, “kali pertama saya melihat kanak-kanak ini, saya fikir keluarga saya telah memuat naik gambar zaman kanak-kanak saya.”

“Keadaan Fan bukan satu bahan jenaka. Ia realiti yang berat. Terdapat ramai lagi orang miskin di negara ini.

“Masalah pembangunan dan pendidikan di pedalaman China sangat merisaukan,” tambah Jack Ma si peminat kung fu mempunyai pelaburan 50 peratus saham kelab bola Guangzhou Evergrande bernilai AS$192 juta itu.

Kenyataan Ali Baba baru-baru ini menyebut, “untuk membiayai pendidikan seorang kanak-kanak senang, tapi untuk berjuta yang lain memerlukan lebih banyak sumber.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru