Sunday, June 26, 2022

Penyokong mahu Hillary jadi presiden berdasarkan undi popular atasi Trump

Secara Rawak

WASHINGTON: Majalah Newsweek satu-satunya majalah antarabangsa berpusat di New York “menanggung malu” kerana menerbitkan edisi cenderamatanya “Madam President” dengan kulit majah tercetak foto Hillary Clinton sebagai presiden baru AS.

trump-clinton

Pihak redaksi yang terpengaruh dengan keputusan jejak pendapat umum bahawa kemenangan memihak kepada Hillary maka mereka turut menyiap dan mencetak edisi khusus tersebut dan mengabaikan liputan pada Trump.

Di Twitter wajah kulit Newsweek menemui pembaca sehari sebelum berlangsung pengundian dengan tagline “Perjalanan Bersejarah Hillary Clinton ke Gedung Putih”.

Tindakan media itu membuat penyokong Trump marah.

Seminggu sudah berlalu, bagaimana sekiranya Newsweek betul bahawa presiden sebenar AS ialah Hillary apabila penyokongnya masih belum dapat menerima kekalahan calon pilihan mereka bagi kerusi Presiden Amerika Syarikat 2016.

Menurut Russia Today pada Ahad, penyokong Hillary, 69 menerbitkan petisyen di change.org. meminta agar Electoral College memenangkan calon Parti Demokrat itu pada 19 Disember akan datang.

Setakat ini, petisyen sudah ditandatangani sekitar 3.3 juta orang.

Pilihan raya 8 November lepas bertujuan memilih para perwakilan untuk Electoral College, namun pemilihan kerusi Presiden AS sebenar untuk 2016-2020 ialah pada 19 Disember 2016.

Donald John Trump berjaya menyingkirkan Hillary Clinton dalam undian elektoral 290-218.

Bagaimanapun, Hillary meraih undi popular 60,955,981 mengalahkan Trump memungut 60,325,005.

Mengikut sejarah lepas, suara dewan elektoral sukar diubah.

Mengikut amalan sebelum ini, pemenang suara terbanyak di sesebuah negeri, secara automatis menyapu bersih semua suara electoral votes negara bahagian tersebut.

Trump menang di Florida, justeru 29 suara electoral votes milik Electoral College Florida menjadi milik Trump.

Setakat ini, Trump menjadi calon kandidat presiden keempat yang memenangi electoral votes, tetapi tewas dalam jumlah undi popular.

Sebelum ini, George Bush Junior menentang Al-Gore pada 2000, Rutherford Hayes (1876) dan Benjamin Harrison (1888) pernah mencatatkan sejarah sama seperti Trump memenangi undi elektoral tetapi tewas undian popular. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru