Tuesday, June 28, 2022

Najib tiba di Tokyo untuk lawatan kerja

Secara Rawak

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dan para pegawai kedutaan sebaik tiba di sini kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia).

14953887_1515998328416141_3259310639153951632_n

Sepanjang lawatan ini, perdana menteri diiringi oleh dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan.

Najib dijadual mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum menghadiri majlis jamuan malam di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada Rabu.

Perdana menteri juga akan menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun, Hiroyuki Ishige, dan anggota Persatuan Persahabatan Anggota Parlimen Jepun-Malaysia, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala dan isu-isu serantau. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru