Tuesday, August 16, 2022

M’sia penandatangan perjanjian Paris, komited tangani isu pemanasan global

Secara Rawak

MARRAKECH: Malaysia sebagai salah sebuah negara daripada 191 penandatangan Perjanjian Paris berikrar mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus pada 2030 demi membantu mengurangkan isu pemanasan global.

malaysia-pavilion-wan-junaidi-201600

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat ke-22 Persidangan Forum Mengenai Perubahan Iklim (COP 22) PBB di Maghribi, berkata antara skop pengurangan melibatkan aktiviti dalam penghasilan tenaga, proses perindustrian, pertanian, penggunaan tanah, perhutanan dan bahan buangan.

Bercakap merasmikan Pavilion Malaysia yang diwujudkan di bawah siri COP, Wan Junaidi menurut laporan Bernama berkata, pavilion tersebut berfungsi sebagai platform bagi Malaysia menonjolkan prestasi negara dalam isu menangani perubahan iklim dunia.

Antara projek yang dipamerkan Malaysia di Pavilion itu ialah Forest City.

forest-city-malaysia

Forest City usaha sama Country Garden Holdings dengan Esplanade Danga 88 merupakan model utama bandar masa depan terletak di bandar pintar Iskandar Malaysia, Johor.

Forest City terdiri daripada empat pulau ini mampu menjana KDNK RM197.7 bilion menjelang 2035.

Sebagai bandar yang menyediakan 220,000 peluang pekerjaan, Forest City menjadi destinasi ideal untuk generasi baharu rakyat Malaysia dan warga asing hidup dalam metropolis dilengkapi prasarana moden dan kebudayaan dalam landskap semula jadi tropika.

Wan Junaidi berkata, Malaysia yang diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 negara megadiverse dunia merupakan antara negara paling kaya sumber kepelbagaian biologi.

malaysia-pavilion-wan-junaidi-201601

Justeru, meskipun ekonomi tumbuh dengan pesat, Kerajaan menurut Wan Junaidi memandang penting tahap survival flora dan fauna negara ini.

Beliau yang menerajui kementerian itu memperkenalkan undang-undang lebih tegas melindungi biodiversiti negara demi memastikan pembangunan berjalan seimbang dan merealisasikan Agenda Pembangunan Lestari global.

Persidangan peringkat pegawai dari 191 negara yang menandatangani Perjanjian Paris bermula minggu lepas.

Sementara, mesyuarat tiga hari peringkat tertinggi melibatkan kalangan menteri bermula Selasa. – Sarawakvoice

malaysia-pavilion-wan-junaidi-201602

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru