Thursday, December 8, 2022

MPPS minta JPN pertingkatkan BI dan pelajar STEM, capai 90% guru tempatan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kabinet Sarawak menubuh Majlis Perunding Pendidikan Sarawak (MPPS) pada 1 November lepas.

MPPS mempunyai 16 ahli yang menjalankan tugas menentu hala tuju, memeta serta memacu dan melakukan pemantauan dunia pendidikan Sarawak.

15027810_1263350487071851_7343161081525820895_n

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuart Ahli MPPS pada Isnin bahawa Kerajaan Negeri melalui mesyuarat kabinet 10 November lalu, melulus peruntukan RM4 juta menjayakan program “catch up” yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bermula 2017.

“Dengan bantuan Kerajaan Negeri, kalaupun kita tidak mendahului, sekurang-kurangnya kita mampu berdiri sama tinggi dengan negeri lain di Malaysia,” ujar Fatimah dan berharap taraf pendidikan di Sarawak dapat dimajukan secepat mungkin.

Menurut Fatimah, JPN harus mencapai bidang keberhasilan utama (KRA) seperti yang diputuskan oleh MPPS antaranya menambah baik penggunaan bahasa Inggeris selain menambah bilangan pelajar yang menyertai bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Selain itu kemudahan prasarana seperti elektrik dan bekalan air bersih perlu dipertingkatkan di sekolah.

Dalam bidang IT, pencapaian internet melalui 1BistariNet perlu dipertingkatkan, sementara JPN perlu komited mencapai sasaran menyediakan 90 peratus guru tempatan mengajar di sekolah negeri ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru