Sunday, June 26, 2022

Menangani Islamofobia kota New York yang meningkat semasa kempen Trump

Secara Rawak

NEW YORK: Pemerintah New York akan menerapkan strategi baru dalam mengatasi Islamofobia di kota tersebut, terutama selepas kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat.

Langkah baru ini bagi menangani peningkatan kes Islamofobia di New York.

Kali ini ancaman dikenal pasti datang daripada para penyokong Trump.

donald-trump-islamophobiaKetua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia New York, Carmelyn P. Malalis mengatakan mereka melancarkan bengkel bertajuk “Memahami Islam” yang diikuti oleh para pegawai pemerintahan dan swasta di kota itu.

Bengkel ini diharap mampu mematahkan pelbagai mitos tidak benar berkaitan Islam.

“Selain itu, suruhanjaya mahu menjalankan kempen di media seluruh kota pada 2017, memberi pengetahuan kepada warga New York cara melawan xenofobia dan menghormati keragaman budaya dan etnik,” kata Malalis kepada CNN.

Warga Islam di New York berjumlah sekitar 400-800,000.

Islamofobia drastik tercetus di New York selepas tragedi 911 yang meruntuhkan dua bangunan WTC di kota itu dan menewaskan ribuan orang.

Menurut data kerajaan New York, dalam dua tahun terakhir berlaku peningkatan jenayah penindasan terhadap bangsa, negara dan agama sehingga 63 peratus. 

Antara bentuk diskriminasi yang dialami oleh penganut Islam di New York ialah layanan buruk di tempat awam, termasuk di restoran, perniagaan serta tempat kerja.

Kerajaan di New York melancarkan kempen “I Am Muslim NYC” di media sosial yang mendapat sokongan positif masyarakat New York.

Malalis berkata, “kempen menggambarkan Muslim juga warga Amerika seperti semua orang. Muslim bekerja sebagai polis, guru, usahawan dan menjadi jiran justeru layak mendapat penghormatan sama seperti orang lain.”

Kempen ini sangat penting di tengah-tengah ketegangan politik pada pilihan raya lepas.

Donald Trump dengan retorik anti-Islamnya dan antiimigrannya dikhuatiri menimbulkan banyak kes baru Islamofobia di New York.

Menyusul kemenangan Trump, para penyokongnya mula membuat pelbagai kerenah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru