Lebih mahal untuk melancong di luar negara sekarang

KUALA LUMPUR: Dengan nilai ringgit semakin lemah berbanding dolar Amerika, ini akan memberi kesan langsung kepada rakyat yang suka melancong ke luar negara.

Di sebalik nilai ringgit yang menjunam Jumaat pada 4.34 berbanding dolar, yang paling rendah sejak Januari, mereka yang berhasrat melancong ke luar negara dijangka akan lebih berhati-hati meskipun mereka mungkin dapat berjimat dari segi perbelanjaan untuk tiket penerbangan dengam tawaran harga murah oleh syarikat terbabit.

Sumber memberitahu kini lebih mahal untuk mengunjungi negara seperti Amerika Syarikay, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

Mereka tentu lebih berjimat cermat untuk perbelanjaan hotel dan makanan.

Namun dijangka pelancongan domestik akan mendapat faedah daripada penghakisan nilai ringgit sejak Donald Trump dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Pelancong luar akan lebih berminat mengunjungi negara ini manakala rakyat Malaysia dijangka memilih untuk melancong dalam negara. – Sarawakvoice