Tuesday, June 28, 2022

Awasi kehadiran ejen Zionis di Malaysia

Secara Rawak

Dalam blog saya (kayangdailypost) entri 18 Mac 2015 saya pernah menulis tentang agen Yahudi Zionis, David N Saperstein bertaraf Rabbi yang dilantik oleh Presiden Barack Obama sebagai Duta Khas Kebebasan Agama Antarabangsa.

fa2a0d52-1bb0-4a3e-808b-48e514802d2fBeliau merupakan tokoh Yahudi Zionis pertama yang dilantik ke jawatan penting itu. Sebelum ini semuanya Kristian.

Kebebasan Agama Antarabangsa bukanlah sebenarnya untuk memperjuangkan kebebasan beragama.

Sebaliknya agenda penting untuk meyahudikan dan menzioniskan dunia. Akhirnya di dunia ini hanya ada Yahudi dan ideologi Zionis. Ini adalah satu neokolonialisme atau satu bentuk penjajahan baharu.

Neokolonialisme tidak memerlukan tentera untuk melaksanakan penjajahan. Ia memerlukan kebijaksanaan dan strategi yang penuh diplomatik. Dengan senyum.

Walaupun Duta Kebebasan Agama Antarabangsa ini sangat bahaya kepada Islam di negara ini tetapi pihak berkuasa bukan sahaja membenarkan dia melawat malah mengutarakan ideologinya di televisyen.

Saperstein mengadakan lawatan dakwah di Malaysia selepas melawat Indonesia dan bertemu dengan tokoh-tokoh agama di sana. Indonesia biarlah mereka. Tetapi di Malaysia “kebebasan agama” tertakluk kepada Perlembagaan. Inilah yang mahu dipecahkan oleh ejen Yahudi ini.

Dalam keadaan sesetengah daripada kita yang leka dengan aksi bebal politik murahan dan menularnya hedonisme bersuka ria (sekarang di mana mana orang Melayu bahas isu Gegar Vaganza) di stesen televisyen, saya sangat bimbang mereka tidak ada ruang untuk berfikir tentang agenda Yahudi ini.

Apa hendak jadi dengan orang kita yang tidak dapat membaca agenda tersirat ini?

ku-seman-ku-hussein

* Ku Seman Ku Hussein merupakan mantan pengarang Utusan Malaysia

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru