Sunday, November 27, 2022

532,158 bayi luar nikah dilahirkan, Sarawak paling banyak kes

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mengejutkan lebih daripada setengah juta bayi luar nikah dilahirkan dalam tempoh sedekad lalu.

Lebih mengejutkan ada daripada bayi berkenaan dilahirkan ibu hanya berusia 10 tahun.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR- Sg Petani) di Dewan Rakyat semalam, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan sebanyak 532, 158 anak luar nikah dari 2005 hingga 2015.

Daripada jumlah itu sebanyak 526 dikategorikan sebagai kes buang bayi.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, Rohani berkata, hospital menerima 16,270 kanak-kanak perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dengan Sarawak berada di tangga teratas.

Sarawak mencatatkan 5,246 kes, dikuti Johor 2,427 kes dan Selangor 1,603 kes. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru