Sunday, June 26, 2022

Tentera Myanmar bakar 400 kediaman, bunuh pejuang Rohingya

Secara Rawak

YANGON: Imej satelit 10 November lepas yang disiarkan oleh kumpulan pemantau Hak Asasi Manusia Antarabangsa (HRW) menunjukkan bukti tentera kerajaan membakar beratus kediaman dan bangunan di perkampungan etnik Rohingya di barat Myanmar.

HRW mendapati lebih 400 bangunan dan kediaman dibakar di tiga perkampungan Rohingya tempat berlakunya pertempuran.

Menurut laporan AFP, Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata, gambar memaparkan kemusnahan meluas dan kesan rentung menunjukkan kebanyakan pembakaran disengajakan.

Pihak tentera menutup kawasan Rakhine Utara yang didiami etnik Rohingya dan bersempadan dengan Bangladesh.

Kerajaan mendakwa sembilan anggota polis maut dalam serangan mengejut ke atas beberapa pos sempadan bulan lalu.

Menurut tentera, pertempuran baharu meletus melibatkan kematian enam pejuang Rohingya dan dua tentera kerajaan.

Pemerintah Myanmar menuduh pejuang Rohingya yang teraniaya selama ini dibantu oleh pejuang sukarelawan luar.

Tentera Myanmar mengerah beberapa helikopter tempur mematahkan serangan hendap pejuang.

Tentera juga memburu dan membunuh puluhan pejuang serta menangkap ramai daripada mereka.

Brad dalam kenyataan menggesa pihak berkuasa Myanmar menubuhkan siasatan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama memastikan mangsa mendapat keadilan yang wajar.

Krisis dan pencabulan hak asasi manusia melibatkan polis dan tentera Myanmar dikecam masyarakat antarabangsa.

Perkembangan terbaru itu, menjadikan krisis keganasan di Rakhine melibatkan penganut Buddha dengan etnik Rohingya tegang.

Sebelum ini, Rakhine dibelenggu krisis agama dan etnik semenjak 2012 meragut lebih 200 jiwa. – Sarawakvoice

screen-shot-2016-11-14-at-9-33-05-am 14720544_360347864303756_8148036114143722192_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru