KUCHING: “Saya tahu ada yang mengatakan tiada yang berbeza di Serian ketika masih (menjadi) sebuah daerah mahupun selepas menjadi bahagian,” kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem semasa berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam Persatuan Tai Qi Qong Serian di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu malam.

screen-shot-2016-11-14-at-8-27-18-amSambil meminta agar penduduk Serian bertenang dan tidak mengharapkan projek pembangunan sekelip mata mengubah wajah Serian, Riot berkata, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem komited mengenal pasti tiga komponen utama yang perlu dilaksanakan di Serian selari sesuai dengan status Bahagian.

Tiga komponen tersebut meliputi projek pembinaan kompleks pentadbiran, bandar baharu dan pusat konvensyen.

Menurut Riot, Serian merupakan Bahagian yang pertama kali mempunyai bangunan pusat konvensyen seperti itu.

Riot tidak mahu penduduk Serian pesimistik terhadap usaha pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan yang biasanya memakan tempoh waktu tertentu untuk dituai sehingga empat hingga lima tahun dari sekarang.

Pada majlis dihadiri lebih 800 tetamu kalangan ahli Tai Qi Qong dan wakil NGO dari beberapa tempat, Riot turut meminta agar pertubuhan bukan kerajaan melibatkan golongan belia menyertai program kesihatan demi mengatasi masalah obesiti yang memberi kesan terhadap ekonomi dan produktiviti negara. – Sarawakvoice