Tuesday, June 28, 2022

New Zealand digoncang gempa 7.5 skala richter, tsunami setinggi dua meter terbentuk, dua dilapor terbunuh

Secara Rawak

NEW ZEALAND: Sekurang-kuranganya dua terbunuh di sini selepas gempa bumi kuat melanda kawasan selatan negara itu, kata pejabat Perdana Menteri semalam.

Ribuan penduduk dari wilayah timur kemudian melarikan diri selepas menerima arahan untuk bergerak ke tempat tinggi.

Gempa bumi bersaiz 7.5 pada skala richter ini telah menyebabkan ombak melambung setinggi dua meter termasuk di wilayah pelancongan Kaikoura.

Kementerian Pertahanan Awam menyifatkan tsunami tersebut mampu “mengancam nyawa peringkat nasional”, dengan ombak pertama telah melanda di kawasan Pantai Timur Puau Selatan.

“Jika anda berada di kawasan rendah di Pantai TImur di wilayah Utara, Selatan dan Pulau Chatham , sila bergerak ke kawasan tanah tinggi pada kadar segera,” kata kementerian itu dalam twitternya.

Perdana Menteri, John Key kemudian memberitahu amaran tsunami telah diturunkan kepada kawasn pantai sahaja.

Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan belum mengisytiharkan darurat kerana mereka masih dapat menangani situasi ini dengan baik.

Pihak St John Ambulans memberitahu, mereka telah menghantar helikopter ke kawasan pusat gempa, iaitu 91 km dari Pulau Selatan Christchurch.

Perdana Menteri turut memberitahu bahawa helikopter tentera turut diatur gerak ke Kaikoura.

Gempa tesebut melanda sejurus selepas tengah malam waktu tempatan. Beberapa gempa susulan turut berlaku, termasuk bersaiz di bawah 6 pada skala richter.

Pada Februari 2011, gempa bumi melanda beberapa batu di luar Christchurch yang merupakan bandar ketiga terbesar di New Zealand.

Ia menyebabkan 185 kehilangan nyawa selain kerosakan teruk.

New Zealand berada di sempadan dua plat tektonik yang terdedah kepada gempa bumi. Negara itu juga mengalami sekitar 15,000 gegaran sepanjang tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru