Tuesday, June 28, 2022

Kelayakan Piala Dunia kumpulan A: Belanda belasah Luxemboourg 3-1

Secara Rawak

Belanda tundukkan tuan rumah Luxembourg 3-1 dalam perlawanan di Stadium Josy Barthel pada Ahad.

Belanda kini menduduki tangga kedua memiliki 7 mata dalam carta kumpulan A tertinggal 3 mata di bawah Perancis dan lebihan 1 mata ke atas Sweden.

Persaingan kumpulan A sengit selepas Bulgaria menang ke atas Belarus 1-0 untuk menambah 6 mata bagi pasukan itu dalam carta.

Memphis Depay menyumbang dua gol untuk pasukannya.

Sementara Arjen Robben menyumbang gol pertama buat Belanda pada minit ke-36.

Bintang Bayern Munich itu menembusi pertahanan gawang yang dibenteng oleh Ralp Schon dari Luxembourg dengan kekuatan tuah kaki kirinya.

Luxembourg bagaimanapun menyamakan kedudukan dengan Belanda apabila Maxime Chanot mengambil peluang emas mendapat tendangan penalti akibat kesilapan Joshua Brenet menjatuhkan Daniel Alves da Mota.

Kemasukan pemain muda Belanda, Memphis Depay berjaya menambah jumlah gol Belanda melalui tandukan kepala menembusi gawang Luxembourg pad aminit kei58.

Prestasi Depay, mantan pemain PSV Eindhoven ini memberangsangkan apabila dia menyumbang gol ketiga buat Belanda mengecewakan penjaga gol Schon. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru