Jika cuaca baik, jangan lupa memandang langit malam ini, Isnin, bermula 7.24 waktu setempat menyaksikan fenomena purnama paling terang dekad ini yang dikenali sebagai supermoon.

supermoon-kuala-lumpur00Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataan medianya minggu lepas berkata, fenomena supermoon terbesar semenjak 25 Januari 1948 dapat disaksikan saat fasa penuhnya pada 9.54 malam ini.

Proses supermoon berlaku apabila Bulan pada fasa purnama melintas orbit elips terdekat dengan Bumi.

Hal ini menyebabkan supermoon tampak seperti “Bulan Raksasa” yang sedang melewati Bumi menjadikannya sangat terang dan dapat dilihat dengan mata kasar.

Ahli astronomi menyebut fenomena tersebut sebagai Bulan Penuh Perigee atau sipermoon menurut istilah masyarakat awam seperti pertama kali diperkenalkan oleh ahli unjum bernama Richard Nolle poada 1979.

Titik pada orbit Bulan yang paling dekat dengan Bumi dinamakan perigee dan titik paling jauh ialah apogee.

Jarak antara Bulan dengan Bumi berbeza sepanjang bulan dan tahun.

Secara purata jaraknya ialah sekitar 382,900 kilometer.

Semasa berlaku supermoon bulan berada kurang 360,000 kilometer dan paling jauh 400,000 kilometer dari pusat Bumi.

Fenomena supermoon pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Berikut ialah beberapa fakta berkaitan supermoon yang bakal berlaku malam ini menurut berita portal CNN:

1. Ini merupakan fenomena Bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh 68 tahun, yang pernah berlaku sebelum ini pada 1948.

2. Nama jolokan “Beaver” — Suku kaum asli Amerika Algonquin menamakan bulan purnama yang muncul pada November sebagai “Beaver Moon”.

Mereka percaya, November bulan yang sesuai memasang perangkap memerang sebelum sungai membeku, memerang dikuliti bagi persediaan menghadapi musim salji.

3. Fenomena muncul semula 2034 — Bagi yang tidak sempat melihat fenomena supermoon malam ini, anda hanya akan dapat menyaksikannya lagi pada 25 November 2034 itu pun kalau anda berumur panjang.

4. Nikmati dengan mata kasar dan selamat dirakam dengan telefon pintar — Supermoon malam ini dapat dinikmati untuk dilihat dengan mata kasar, cuma syaratnya langit mesti bebas daripada awan tebal dalam cuaca yang baik.

Berbeza dengan gerhana matahari, momen indah ini boleh dirakam menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik di media sosial kelak mengikut garis masa.

Selamat menunggu!