Sunday, June 26, 2022

Bakal raja Thai mesra Islam, hadiri majlis musabaqah al-Quran di Pattani

Secara Rawak

PATTANI: Raja Bhumibol Adulyadej, 88, meninggal dunia ketika bertakhta 70 tahun, namun penggantinya Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn masih belum dinobatkan.

Vajiralongkorn yang menjadi Putera Mahkota 44 tahun, meminta penobatannya menggantikan ayahnya ditunda sebagai tanda masih berkabung, menurut kenyataan junta tentera.

Thailand menetapkan masa berkabung selama setahun dengan pengibaran bendera separuh tiang selama 30 hari.

Vajiralongkorn, 64, satu-satunya putera dan pengganti raja dari empat adik-beradik.

Di selatan Thailand, hubungan baik Vajiralongkorn dengan masyarakat Islam bukan rahsia lagi, bahkan ada yang menggosipkan Putera Mahkota ini sudah menganut Islam, meskipun begitu tiada pengesahan atau penafian dibuat.

Putera mahkota yang pernah menjadi anggota tentera ini mengumumkan berita baik kepada umat Islam di Pattani bahawa baginda sendiri akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang musabaqah tilawah al-Quran, acara tahunan yang selalu dihadirinya di Masjid Jami Pattani.

Ketua Majlis Islam Pattani, Waeduramae Mamingji memberitahu, baginda juga mengunjungi sebuah sekolah bagi menyampaikan penghargaan kepada para pelajar dan para imam pada Isnin (esok),

“Beliau datang menunjukkan hubungan rapat dan penting.

“Baginda datang setiap tahun, termasuk Maulud Nabi (Muhammad) dan bersalawat bersama orang Islam,” kata Waeduramae kepada wartawan BBC.

Terdapat video baginda menyertai majlis bersalawat umat Islam yang dapat ditonton di media sosial YouTube.

https://www.youtube.com/watch?v=gWwobE_ilfM

“Kami dapat lihat gerakan bibirnya (bersalawat) dan beliau turut menanyakan maksud isi kandungan doa…,” kata Waeduramae menambah, biasanya (selain) gerakan mulut mengikut salawat baginda juga menadah tangan berdoa.

Sebelum ini, media Thailand melaporkan Gabenor Pattani Veeranan Pengchan mengunjungi sekolah Benjamarachuthit Pattani dan masjid minggu lalu sebagai persiapan awal bagi kunjungan Putera Mahkota.

Rektor Universiti Fatoni, Patani, Ahmad Umar, melihat kunjungan Vajiralongkorn ini menunjukkan betapa eratnya baginda dengan masyarakat Islam di selatan Thailand.

Ahmad memberitahu, Putera Mahkota banyak memberi perhatian kepada masyarakat Islam di tiga wilayah di selatan Thailand itu.

Namun, ahli akademik dari Universiti Thammasat, Bangkok, Onanong Thipimol Islam Muslim di selatan, tidak banyak membantu menyelesaikan konflik puluhan tahun.

Menjadi pengetahuan masyarakat selatan Thailand bahawa kumpulan pemisah yang terlibat dalam konflik yang menuntut pemisahan tidak menerima Majlis Islam Pattani, begitu juga autoriti Majlis Islam setempat menolak perjuangan kumpulan pemisah.

“(Bagaimanapun kunjungan ini) ada pengaruhnya terhadap perasaan masyarakat biasa (di selatan),” tambah Thipimol.

Minggu lepas, tiga anggota pemisah ditembak mati di daerah Yingo ketika menteri baru melawat kawasan tersebut di Narathiwat.

Di Thailand, undang-undang ketat mengehadkan perbincangan berkaitan keluarga diraja, menyebabkan rakyat sukar mengakses kehidupan peribadi Putera Mahkpota dan keluarga diraja yang lain.

Media Thailand menyaring bahan beritanya sendiri mengelak dituduh menghina raja dan institusi diraja yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru