Tuesday, June 28, 2022

Zuckerberg nafi berita bohong FB pengaruhi kemenangan Trump

Secara Rawak

CALIFORNIA: Pengasas Facebook (FB), bilionair Mark Zuckerberg tegas membela jaringan media sosial miliknya dengan menganggap mereka yang menuduh FB mempengaruhi pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) melalui penyebaran berita bohong adalah idea gila.

Bercakap dalam persidangan teknologi di California, Zuckerberg mengatakan FB tidak dapat dianggap sebagai bertanggungjawab menyebarkan berita bohong sehingga membawa kepada kemenangan Donald Trump sebagai presiden AS. 

screen-shot-2016-11-13-at-9-58-13-am

“Jika kamu percaya (hal) itu, saya tak yakin kamu memahami mesej yang cuba dikirim oleh penyokong Trump dalam pilihan raya itu,” memetik laporan berita BBC.

Beberapa data didakwa menunjukkan bahawa berita bohong tersebar secara berleluasa dalam plaftorm FB sepanjang pemilihan presiden AS, berbanding berita balas yang mengesahkan kesahihan dan penafian kebenarannya.

Pemuatan berita direka bentuk secara spesifik sedemikian rupa menunjukkan bahan berita yang dirasa mampu menarik pembaca telah menciptakan “belon penapis” yang membenarkan pandangan seseorang tanpa memberikan pilihan pendapat berbeza.

Ironisnya, pada awal tahun ini, FB dituduh anti-Trump kerana manusia sebagai moderator bekerja di sebalik daftar ‘artikel popular’ didakwa memihak kepada kandungan berita liberal.

FB membantah tuduhan tersebut, tetapi tetap menyingkir “moderator manusia” dan hanya bergantung pada algoritma komputer menentukan cerita yang patut masuk senarai popular.

Hasilnya, artikel yang kemudian terbukti palsu muncul pada garis masa khalayak.

Bercakap tentang “semak dan imbang” yang diperlukan untuk menjaga FB mengikut peraturan, Zuckerberg mengatakan ia penting demi mendengar padangan pengguna.

Zuckerberg mengatakan, tujuan beliau ialah memberi khalayak kekuatan untuk berkongsi sehingga dapat membuat dunia lebih terbuka dan saling berhubung.

“Ini memerlukan versi garis masa yang bagus. Kami masih ada tugas yang perlu dilakukan. Kami masih menyempurnakannya.”

Pada acara tersebut, Zuckerberg berkata beliau akan bekerjasama dengan kerajaan AS, khususnya berkaitan isu khidmat kesihatan dan perhubungan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru