Tuesday, June 28, 2022

Tengoklah, betapa mewahnya pesawat peribadi Donald Trump

Secara Rawak

WASHINGTON:  Meskipun Presiden Amerika Syarikat wajib menggunakan pesawat Air Force One yang serba lengkap termasuk dari segi keselamatan, namun Presiden terpilih Donald Trump sebenarnya mempunyai jet peribadi yang serba mewah.

Trump menyifatkan pesawat peribadinya itu sebagai rumah agam mewah dan pejabat pribadinya.

Kemewahan bilik tidur yang dilengkapi TV dan sofa mewah di dalam pesawat milik Presiden terlipih Donald Trump. thesun.co.uk
Kemewahan bilik tidur yang dilengkapi TV dan sofa mewah di dalam pesawat milik Presiden terlipih Donald Trump. thesun.co.uk

Pesawat peribadi beliau itu sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Air Force One yang terkemuka itu, meski mungkin tidaklah sehebat perlindungan keselamatan yang dimiliki pesawat rasmi berkenaan.

Trump membeli pesawat peribadinya itu pada tahun 2011 berharga £80 juta atau RM480 juta.  Pesawat itu digunakan taikun hebat itu untuk menjelajah dan melawat pelbagai kota dan bandar raya, lokasi perniagaannya.

Pada tempoh kempen yang sengit dan kotor menjelang pemilihan presiden, Trump kerap menggunakan pesawat  berkenaan untuk mengunjungi pendukungnya.

Pesawat itu juga dinaikinya ketika hendak bertemu dengan Presiden Barack Obama untuk membincangkan peralihan kuasa di Rumah Putih selepas menewaskan calon popular Hillary Clinton yang diramal media bakal menang.

Apa keistimewaan dan kemewahan pesawat peribadi Trump?

Pesawat itu bermesin jet Rolls Royce, memiliki 43 kerusi berlapis kulit dan masing-masing tali pinggang kerusi dilapisi emas,  seperti dipetik The Sun, Khamis.

Terdapat juga bilik mesyuarat, bilik makan, kamar tidur tamu, kamar tidur utama, ruang VIP, tandas dan bilik mandi.

Di ruang persidangan  terdapat  TV  57 inci  yang dihubungkan dengan peralatan untuk melakukan komunikasi interaktif.

Di ruangan itu ada layar yang  terintegrasi untuk mengawasi seluruh pesawat.

Bantal kerusi mewah menghiasi kerusi. Pintu, meja didominasi warna coklat tua, terbuat daripada kayu mahoni.

Di kamar tidur utama, terdapat satu tempat tidur dengan ukuran ‘king size’, bantal, dan cadar tilam berwarna emas mewah terbuat daripada sutera dan sulaman tangan.

Sofa mewah dan tempat tidur model double bed disediakan di kamar tamu dengan layar TV ukuran raksasa.

Kemewahan lain terpancar dari dalam tandas dengan segalanya bersalut emas 24 karat, termasuk basin untuk mencuci muka atau sikat gigi dilapis emas 24 karat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru