Friday, December 2, 2022

Pelajar madrasah hilang selepas jatuh ke laut di Santubong, gerakan SAR diaktifkan

Secara Rawak

KUCHING: Perkelahan yang sepatutnya menghilangkan tekanan dan mewujudkan kegembiraan bertukar tragedi bagi para pelajar sebuah madrasah, apabila tiga pelajarnya jatuh ke laut, dengan seorang daripadanya masih hilang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi tadi di pusat peranginan
Damai Puri Resort and SPA di Santubong dekat sini.

“Sekitar jam 12.25 tengah hari tadi, komander operasi memaklumkan bahawa gerakan mencari di permukaan sedang dilaksanakan memandangkan mangsa dilaporkan dihanyutkan arus dari kawasan pantai menuju ke laut.

Ketika kejadian kata Farhan, seramai 46 pelajar dan tiga guru pengiring dari Madrasah Darul Ulung  Al-Fatah di Jalan Depo,Samariang, dekat sini sedang melaksanakan aktiviti rekreasi di pusat peranginan itu.

“Sekitar jam 10 pagi, tiga daripada pelajar ini bermain-main di kawasan batu sebelum terjatuh ke dalam laut.

“Bagaimanpun, dua daripada mereka berjaya berenang ke bibir pantai manakala seorang lagi hilang.

Kata Farhan, seramai lima anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) kini berada di lokasi untuk membantu proses mencari dan menyelamat (SAR).

Turut berada di lokasi adalah anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Mangsa yang hilang kemudian dikenal pasti sebagai Aslam Husaini, 19 tahun dari Sibu manakala dua orang yang terselamat ialah Abang Muhd Shahrin Abang Moktar, 15 tahun dari Matang dan Muhsin Asep Jalaluddin, 17 tahun dari Balai Karangan, Indonesia.

Kawasan Pantai Damai sebelum ini sememangnya dikenali kerana mempunyai arus pusar yang kuat, selain diancam kehadiran buaya air masin. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru