Kerajaan terus dengar suara belia dalam membangunkan negara – Karim

0
4

KUCHING: Kerajaan hari ini tidak akan meminggirkan peranan belia dalam aspek pembangunan negara dan negeri ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, suara belia kini malah didengari, manakala peranan mereka ditagih dalam pelbagai aspek pembangunan.

ikon-belia-sukan-sarawak-201602

“Begitu pentingnya peranan belia dan kita akan berusaha untuk pertajamkannya untuk kepentingan negara masa depan,” katanya ketika menyampaikan alu-aluan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Perpaduan, dekat sini pagi tadi.

Karim yang juga Naib Presiden Saberkas berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan minat masyarakat belia.

“Kerana itu kita mengadakan program-program yang sesuai dengan jiwa mereka.

“ Antaranya termasuklah Belia Got Talent seperti Mr Fitness, Miss Sarawak Youth dan Auto Show.

Turut diadakan ialah aktiviti Town hall, Belia Kitchen, gerai jualan belia, acara Karnival Air Belia dan Larian Belia Sarawak.

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Sarawak selama tiga hari bermula semalam dengan tema “Belia Berwawasan Negara Ke Hadapan”.

Lebih tiga ribu belia hadir pada majlis tersebut. – Sarawakvoice