Thursday, December 8, 2022

Kemenangan Trump tidak beri kesan terhadap dasar pengajian tinggi negara

Secara Rawak

BESUT:  Di sebalik kemenangan calon Republikan, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci  terlebih dahulu terhadap dasar pengajian tinggi negara sekiranya dasar pendidikan di Amerika Syarikat berubah.

Perubahan kepemimpinan negara itu Januari depan ekoran kemenangan Trump menewaskan Hillary Clinton dari Demokrat, kemungkinan dasar pendidikannya juga berubah.

Kemenangannya telah menyebabkan rakyat Amerika Syarikat turun ke jalan raya untuk tunjuk perasaan dan juga mata wang serantau menjunam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa kini dasar pengajian tinggi akan diteruskan dan para pelajar boleh meneruskan pengajian sebagaimana biasa.

Idris berkata demikian ketika mengulas kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat  Selasa.

“Setakat ini tiada perubahan terhadap dasar pendidikan dengan negara itu dan ianya berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah komuniti yang ke-56 kepada Wan Malik Wan Hassan, 43 di Kampung Lay Out Tok Has di sini semalam.

Trump ketika kempen pilihan raya yang sengit  banyak mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi termasuk anti-imigran, anti-Islam dan rasis sehingga menimbulkan kebimbangan negara luar tentang corak kepemimpinan dan dasar yang bakal dilaksanakan taikun itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru