Tuesday, June 28, 2022

Itali tundukkan Liechtenstein mara kelayakan Piala Dunia

Secara Rawak

Itali takluk tuan rumah Liechtenstein di Stadium Rheinpark, pada Sabtu untuk mara kelayakan Piala Dunia 2018.

Gol pertama Itali disumbat oleh Andrea Belotti pada minit ke-11, seminit kemudian gol Ciro Immobile mengiringi.

Memasuki minit ke-32, Itali menambah skor 3-0 hadiah Antonio Candreva

Dalam 60 saat sebelum permainan separuh masa pertama berakhir, Belotti mengisi gol keduanya ke pintu gawang Liechtenstein.

Selesa dengan 4-0 pada separuh masa pertama, Itali berhenti menyengat pada separuh masa kedua.

Belotti hampir mencetak hatrik pada minit ke-68, namun keadaan tidak memihak kepadanya.

Sama seperti Sepanyol yang skor pada permainan terkini menentang Macedonia 4-0, Itali turut mendapat 10 mata tetapi duduk tangga kedua di bawah Sepanyol. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru