Henry Sum sokong Tengah, Abdul Rahman bantah RC S’wak-Brunei

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

LAWAS: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Henry Sum Agong menyokong pendirian Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang membantah cadangan pelaksanaan Cukai Jalan (RC) di sempadan Sarawak-Brunei Darussalam.

15025209_1300853023292573_6414018933679374776_oSebelum ini, bantahan tersebut turut disuarakan oleh Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail.

Henry Sum melihat pelaksanaan RC di sempadan Miri hingga Lawas memberi kesan kepada pembinaan Pan Borneo yang turut melewati Brunei.

Bahkan, baginya isu ini melibatkan ramai penduduk Sarawak di Lawas, Limbang dan Miri yang bekerja di Brunei dan memandu serta memiliki kenderaan yang mempunyai plat pendaftaran Brunei.

Ditemui pihak media selepas Majlis Konvokesyen Taska/Tadika Kemas Daerah Lawas pada Sabtu, Henry Sum berjanji membawa perkara ini ke peringkat atasan sebelum ia dikuat kuasa di Sarawak.

Henry Sum mengangap sempadan Sarawak-Brunei berbeza dengan sempadan di Semenanjung kerana, perhubungan dari Kuching terpaksa melalui Brunei untuk memasuki Bahagian Lawas.

Bagi Henry, banyak perkara dan isu di Semenanjung tidak dapat disamakan dengan situasi di Sarawak kerana ia tidak relevan dan berlainan aspek cara menilainya. – Sarawakvoice

Terbaru