Bomba selamatkan kucing terlekat di puncak pokok kelapa di Tabuan Dayak

0
9

KUCHING: Kenakalan seekor kucing bermain sehingga dapat memanjat pokok kelapa sememangnya menakjubkan.

Bagaimanapun kenakalan itu menjadi masalah apabila kucing terbabit, hanya mampu memanjat pokok, namun tidak pandai untuk turun ke bawah.

Dalam kejadian di Kampung Tabuan Dayak pagi tadi, seorang penduduk terpaksa menghubungi pihak bomba bagi menyelamatkan kucing itu yang terlekat di atas pokok kelapa, dan tidak berani turun.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 8.33 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

“ Setibanya di lokasi, mereka mendirikan tangga dan menurunkan kucing itu, yang terlekat ketakutan di pelepah pokok kelapa.

Tiong berkata, biarpun usaha tersebut nampak mudah dan hanya melibatkan seekor kucing, ia sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang agak besar. – Sarawakvoice
hero-kucing02 hero-kucing00

hero-kucing03