Sunday, January 23, 2022

10 negara Asia, Eropah sertai Regata Bot Naga Antarabangsa di Tebingan Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 26 perahu naga dari 10 negara melibatkan Asia Tenggara dan Asia Pasifik seperti China Hong Kong, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, Taiwan termasuk Belanda dan United Kingdom dari Eropah mengambil bahagian menyertai Regata Bot Naga Antarabangsa di Tebingan Kuching mulai 11 hingga 13 November.

Malaysia sendiri menghantar lima pasukan menyertai acara ini iaitu dua pasukan dari Sarawak, Tuaran Hakka Associate Sabah, Penang Forward Sport Club dan Skrine Dragons Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan acara ini dalam upacara simbolik menitik mata bot naga yang mengambil bahagian sebelum pertandingan bermula.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu empat kategori antarabangsa dan satu kategori tempatan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM45,500 termasuk piala dan pingat.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan turut melancarkan Dapur Asia di Old Court House, memeriahkan lagi Festival Tebingan Kuching 2016.

Turut dianjur bagi memeriahkan regata ialah Pameran Keusahawanan.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, hampir 200 usahawan tempatan dari seluruh pelosok negeri mengambil bahagian dalam pameran terbabit, sama-sama menjual produk mereka.

Festival Tebingan Kuching berlangsung 10 hari dengan acara kemuncaknya Lumba Perahu Regata Sarawak dari 18-20 November ini.

Regata Sarawak menawarkan hadiah wang tunai RM240,000 dengan pemenang Raja Sungai membawa pulang piala dan wang tunai RM10,000. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru