Sunday, September 25, 2022

Trump mahu tukar jet peribadi jadi Air Force One

Secara Rawak

NEW YORK:  Ketika berkempen  Donald Trump berjanji untuk menukarkan jet peribadinya menjadi pesawat kerajaan menggantikan Air Force One.

Mungkinkah itu berlaku atau itu hanya impian bakal pengganti  Obama itu?

air_force_one_on_the_ground
Foto: whitehouse.gov

CNN semalam melaporkan Trump perlu mengucapkan selamat tinggal kepada jet peribadinya, Trump Force One.

Ia menyatakan hampir pasti mustahil  bagi penewas Hillary Clinton untuk berbuat demikian selepas beliau menjadi presiden AS ke-45.

Sebabnya?

AF1 dilengkapi pelbagai kemudahan yang canggih, jika berlaku letupan nuklear AF1 mempunyai perlindungan khas yang akan mencegah komponen pesawat daripada dimusnahkan.

Pesawat itu juga mempunyai pakej komunikasi khas yang membolehkan presiden untuk menerima maklumat sulit semasa dalam penerbangan.

“Pengawai tertinggi AS memberitahu bahawa Trump tidak boleh ‘terbang’ selain daripada Air Force One (AF1), yang dimiliki tentera AS,” lapor CNN.

Pesawat peribadi Trump  tidak dilengkapi dengan kemudahan sedemikian dan kalaupun beliau mahu melengkapkan kemudahan selengkap Air Force 1, kosnya terlalu tinggi.

Adakah Trump yang memang dikenali sebagai taikun itu bersedia berbuat demikian?

Air Force 1 lengkap dengan katil dapur, pejabat, alat komunikasi serba lengkap, dan juga TV.

Air Force 1 sebenarnya  ialah isyarat pengenal rasmi kawalan lalu lintas udara buat pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang membawa Presiden Amerika Syarikat.

Dalam kegunaan biasa, istilah ini merujuk kepada pesawat-pesawat USAF yang direka, dibina dan diguna khusus untuk pengangkutan Presiden AS.

Pesawat Presiden menjadi lambang penting bagi jawatan presiden Amerika dan kuasanya.

Nama tersebut mulai digunakan pada 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru