Thursday, June 30, 2022

Pesakit mental 21 tahun tikam ayah hingga mati

Secara Rawak

KLANG: Seorang mekanik mati  dipercayai ditikam anak bongsunya yang juga seorang pesakit mental di Jalan Tengku Badar, Klang, awal pagi semalam.

screen-shot-2016-11-12-at-8-57-29-amSebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek selepas mangsa melarang suspek keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata mangsa Ong Tun Hang, 58, dikatakan ditikam anak lelakinya itu yang berusia 21 tahun pada jam 1.30 pagi.

Suspek kemudiannya ditahan di sebuah kawasan tempat penyimpanan lori kira-kira 800 meter dari rumahnya jam 9.15 pagi. Ketika ditahan suspek tidak mengaku menikam bapanya.

Suspek juga dikatakan mengaku telah mencuci semua pakaian yang mempunyai kesan darah dipercayai darah mangsa dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pertengkaran berlaku pada jam 8.30 malam tadi, menyebabkan suspek mengamuk sebelum mengurungkan diri di dalam bilik.

Bagi mengelakkan suspek keluar dari rumah, mangsa tidur di ruang tamu berdekatan pintu utama,” katanya.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kakak suspek terdengar pertengkaran dan melihat suspek keluar dari rumah sebelum menemui bapanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Alzafny berkata, pemeriksaan forensik mendapati mangsa ditikam beberapa kali di belakang bahu dan rusuk kiri menggunakan pisau.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru