Friday, October 7, 2022

Pandelela terima Anugerah Ikon Belia Sukan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak.

Pandelela, 23 tahun, yang menenangi pingat perak dalam acara sukan terjun 10 meter platform berirama di Rio De Jeinero baru-baru ini menerima penganugerahan itu sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2016 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching pagi tadi.

ikon-belia-sukan-sarawak-201605

Melahirkan rasa penghargaan dan gembira dengan penganugerahan itu, Pandelela berharap ia akan menjadi perangsang kepada semua belia di negeri itu untuk melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.

“Saya berharap kemenangan ini akan menjadi motivasi kepada para belia di negeri ini untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang yang mereka ceburi,” katanya yang berasal dari Kampung Jugan, Bau.

Sementara itu, atlet paralimpik negara yang turut beraksi di Rio De Jeinero, Jong Yee Khie turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Istimewa.

Yee Khie, 28 tahun merupakan atlet angkat berat negara yang memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Februari lalu.

Bagaimanapun di Rio, beliau hanya menduduki tempat ketujuh.

Pemenang lain ialah Kelvin Wan Kwong Wei untuk Anugerah Ikon Belia Sukarelawan, Desmond Sagoh (Anugerah Ikon Belia Kesenian dan Dr Fauzan Sahdi (Anugerah Ikon Belia Kemahiran dan Inovasi)

Persatuan Ten Pin Boling Sarawak pula memenangi Anugerah Persatuan Belia Sukan, hasil kejayaannya menghasilkan atlet-atlet berpotensi, hingga mencapai enam emas dalam Kejohanan Sukan Malaysia XVIII yang berlangsung di Kuching Julai lalu.

Anugerah Persatuan Belia Sukarelawan pula dimenangi Yayasan Salam Negeri Sarawak, manakala Kumpulan Kesenian Petra memenangi Anugerah Persatuan Belia Kesenian.

Anugerah Persatuan Belia Usahawan pula dimenangi Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS).

Kesemua penerima augerah individu menerima habuan tunai RM2,000 manakala penerima anugerah persatuan membawa pulang RM3,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru