Lebih banyak rumah mampu milik PR1MA untuk rakyat S’wak

0
6

KUCHING: Kerajaan Negeri sentiasa memandang ke hadapan dengan inisiatif menyedia lebih banyak kediaman mampu milik dan mesra rakyat bagi keperluan dan kepentingan penduduk Sarawak.

Justeru, negeri ini turut menerima peruntukan membina lebih banyak rumah mampu milik PR1MA khusus untuk golongan B40 dan M40 seperti yang bentang dalam Bajet 2017 lepas.

dr-sim-prima02

“Kita mahu setiap rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri. Malah bukan sahaja pembangunan dibangunkan PR1MA, saya yakin pemaju hartanah lain termasuk Sheda dapat menawar kediaman berharga sebaik PR1MA pada masa akan datang,” kata Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Kediaman dan Hartanah Kali Ke-3 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (Sheda) di Sayap Lama Pusat Beli-Belah Boulevard pada Jumaat, Sim berkata Sheda  memainkan peranan penting mempromosikan rumah mampu milik dan mesra rakyat melalui jerayawara seumpama itu.

Usaha seperti itu membantu menyampaikan maklumat mengenai hartanah dan kediaman yang sedang atau telah dimajukan di negeri ini, selain sebagai pematuhan standard dan amalan industri.

dr-sim-prima00

Ini sekali gus menurut Sim, membuka peluang pekerjaan dalam industri pembinaan kepada rakyat Sarawak.

Sim berkata, “pembangunan dijalankan harus seimbang dengan kemudahan serta tidak mendatangkan beban kepada rakyat.”

Sehubungan dengan usaha membangun lebih banyak kediaman mampu milik dan mesra rakyat di negeri ini, Sim mahu pihak pemaju memandang penting akan isu sistem perparitan demi mengatasi bencana banjir kilat.

Sebelum itu, semasa melawai kiosk pameran, Sim turut menyaksikan penyerahan sumbangan kepada dua badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Buta Sarawak dan Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak yang masing-masing menerima sumbangan RM8,000. – Sarawakvoice

dr-sim-prima01