Friday, October 7, 2022

Esscom buru 23 suspek terbabit jenayah

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terbaharu  dan memburu 23 suspek kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Sabah.

Komander ESSCOM Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, semua suspek diburu kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di negeri ini.

Wan Bari mengesahkan senarai mereka yang dicari itu dikeluarkan hari ini.

“Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua suspek supaya menghubungi pusat operasi ESSCom di talian 089-863181

Difahamkan, seorang daripada senarai itu dikenali sebagai Salvodor Muktadil@Badong dilaporkan sudah meninggal dunia dalam operasi ketenteraan pasukan keselamatan Filipina di Pulau Siasi, selatan Filipina, September lalu.

Manakala adiknya Khadafy sudah ditangkap pasukan keselamatan Filipina tahun lalu di Kepulauan Jolo.

Kumpulan Muktadil Bersaudara aktif mendalangi beberapa kes penculikan di pantai timur Sabah.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru