Wednesday, December 7, 2022

Nepal yakin muncul juara sulung Piala Solidariti AFC 2016

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Jurulatih Nepal, Koji Gyotoky semalam melancarkan perang psikologi terhadap lawannya, Laos dalam mengharungi saingan separuh akhir Piala Solidariti AFC 2016 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

“Kita ada peluang untuk menang. Pemain penat tetapi kami datang untuk menang!” katanya.

Nepal layak ke separuh akhir setelah mengungguli kumpulan A.

4deb2652-30b6-4f46-ac50-4e8544c8271c

Pasukan yang berada dalam ranking ke-188 Fifa ini seri 0-0 dengan Timor Leste pada perlawanan pembukaan pada 5 November lalu, sebelum membenam Brunei 3-0 pada Selasa.

Menjelas lanjut, Gyotoky mengakui bahawa Laos bukanlah pasukan yang boleh dipandang enteng.

“Saya lihat perlawanan terakhir pasukan itu semalam.

“Kami juga pernah beraksi menentang Laos dalam perlawanan persahabatan pada Mei lalu dan ia berkesudahan seri.

Katanya, Laos memiliki taktikal yang bagus dan mampu bermain dengan baik. Mereka bijak menggunakan ruang dan selalu membuat pertukaran arah serangan, dengan barisan pemain yang semuanya berkemahiran.

“Tetapi kami yakin kami mempunyai peluang yang baik untuk menang dalam perlawanan ini,” jelasnya.

Berhubung cuaca yang tidak menentu di Kuching, Gyotoky mengakui mereka berhadapan dengan masalah cepat letih, namun yakin Laos turut berhadapan masalah serupa.

Ketua Jurulatih Laos, Valakone Phomphakdy bagaimanapun menyambut serangan tersebut dengan agak lembut.

“Perlawanan persahabatan pada Mei lalu banyak memberikan gambaran bagaimana kedua-dua pasukan ini bermain.

“Yang bezanya, pada perlawanan tersebut, tidak ada tekanan dan kami banyak mengetengahkan pemain baharu.

Laos yang kini berkedudukan 177 dalam ranking Fifa layak ke peringkat separuh akhir setelah berada di kedudukan kedua di peringkat Kumpulan B.

Pasukan itu menang 2-1 ke atas Sri Lanka pada perlawanan pembukaan 3 November, sebelum dikejutkan Macau, 1-4, dalam aksi tiga hari berikutny

Pada perlawanan terakhir pada 9 November, Laos menghampakan Mongolia di Stadium Sarawak dengan 3-0.

Bagi Phomphakdy, beliau begitu menghormati pasukan Laos.

“Kami tahu bagaimana mereka bermain dan kami perlu berhati-hati pada perlawanan pada Sabtu ini.

Katanya, prestasi semasa kedua-dua pasukan pada hari ini tidak dapat dinilai berdasarkan rekod perlawanan persahabatan pada Mei lalu.

“Selepas empat bulan, memang banyak yang bertukar. Prestasi tidak akan sama. Ada banyak perubahan dan  Nepal pun saya percaya dalam keadaan yang sama.

“Mereka lebih baik berbanding pada masa perlawanan persahabatan itu, kerana turut terlibat dalam kelayakan Piala AFF awal bulan ini.

Akan tetapi katanya, pasukannya akan mencuba sebaik mungkin, dan bermain seperti sedia kala, memandangkan kebanyakan pemain adalah mereka yang sama beraksi pada perlawanan persahabatan tersebut.

Untuk perlawanan ini katanya,  jika tidak berlaku hujan lebat, beliau yakin permainan akan menjadi semakin menarik.

“Para pemain kami agak cergas dan tidak berlaku sebarang kecederaan serius.

Katanya, beliau yakin dapat menurunkan kesebelasan utamanya pada hari ini, tetapi ia bergantung kepada keadaan.

“Pemain-pemain saya boleh bermain pelbagai posisi pada bila-bila masa,” jelasnya, sambil memberitahu, pemainnya diberikan rehat pada hari ini, dengan dibawa menikmati sup herba pada pagi tadi dan berada di pantai pada sebelah petangnya.

Aksi kedua-dua pasukan ini akan berlangsung di Stadium Negeri pada jam 4.30 petang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru