Thursday, December 8, 2022

CEO Malaysia Airports kongsi pengalaman dengan pelajar UNIMAS, pacu keghairahan dan minat

Secara Rawak

KUCHING: Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali baru-baru ini mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersempena pelantikan beliau sebagai “tokoh industri contoh” kepada universiti tersebut melalui CEO Faculty Programme yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

ceo-msia-airport-unimas01

Selain menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara, program yang menghubungkan tokoh industri dan institusi pengajian tinggi ini juga bertujuan menaik taraf pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih baik melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman di samping menjadi ikon kejayaan kepada penuntut-penuntut di universiti.

Badlisham juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama 80 tenaga pengajar dan pekerja UNIMAS melalui satu sesi syarahan kepimipinan yang diadakan.

Selain itu, beliau juga berpeluang untuk bertemu sendiri dengan para pelajar dan berkongsi pengalaman serta nasihat melalui syarahan bertajuk “Pengalaman dan Cabaran sebagai CEO”.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra, UNIMAS itu menyaksikan kehadiran lebih 3,500 penuntut di universiti tersebut.

Lawatan ke UNIMAS turut dilengkapkan dengan perasmian sebuah teratak yang disumbangkan oleh Malaysia Airports di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai Program Sokongan Komuniti Malaysia Airports.

ceo-msia-airport-unimas02

Teratak yang dinamakan sebagai Teratak Ceria Malaysia Airports itu dibina di hadapan trek Hutan Mini DeTAR bagi kegunaan, kemudahan dan keselesaan para pelajar yang menjalankan kajian ke atas tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan Hutan Mini DeTar tersebut.

Seterusnya, Badlisham meluangkan masa bersama kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi meraikan sambutan ulang tahun Malaysia Airports ke-24 dalam satu majlis bacaan Yassin.

Beliau turut meluangkan masa selama lebih tiga jam bersama-sama kakitangan dalam satu sesi dialog bagi berkongsi hala tuju syarikat serta memberi peluang kepada kakitangan untuk berbual secara langsung bersama-sama beliau.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah kepada 11 pekerja di atas kecemerlangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Malaysia Airports.

Majlis tersebut turut disempurnakan dengan penyerahan sumbangan bernilai RM10,000 di bawah Program Sokongan Komuniti Malaysia Airports kepada Surau Nur Bakti Dakwah, Kuching bagi membiayai kos baik pulih bumbung surau dan ruang solat yang mengalami kerosakan.

Sesi bersama-sama kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu diakhiri dengan lawatan beliau ke sekitar kawasan lapangan terbang tersebut. – Sarawakvoice

ceo-msia-airport-unimas00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru