Tuesday, June 28, 2022

Artem dan Anna mati ketika lakukan seks dalam kereta

Secara Rawak

BASHKORTOSTAN: Pasangan yang dikenali sebagai Artem S, 18 dan Anna D, 20, saling mengenali beberapa bulan lepas.

screen-shot-2016-11-11-at-10-17-18-amDari rumah Artem di Ufa, Bashkortostan, Rusia, mereka berdua memberitahu ibu bapanya keluar untuk berjalan-jalan.

Memetik laporan The Sun, keluarga Artem bimbang apabila mereka berdua tidak pulang dan keluar mencari pasangan tersebut.

Akhirnya mereka menjumpai Artem dan Anna berpelukan dalam keadaan bogel di dalam kereta lama Skoda Felicia di garaj milik Artem dan sudah meninggal dunia.

Polis percaya pasangan itu menghidupkan alat pemanas di dalam kereta bagi mencegah berlaku suhu beku ketika mereka berdua mengadakan hubungan seks.

Suhu di rantau tersebut boleh turun hingga -16 darjah Celsius pada musim sejuk.

Semasa enjin dihidupkan, pasangan itu dipercayai mati akibat keracunan gas karbon monoksida.

Difahamkan Artem baru sahaja mengubah suai kereta Skoda Felicia kesayangnnya.

Artem hampir tamat belajar di kolej dan bercita-cita mahu membuka perniagaan membaiki kereta dan memiliki garaj sendiri.

Rakan rapat Artem berkata, hubungan pasangan itu masih terlalu baru.

Rakan rapat Anna pula berkata, mangsa belum memperkenalkan teman lelakinya itu kepada rakan lain.

Di internet, netizen memberi pelbagai respons ke atas tragedi malang ini.

Yuriy Koldín menulis: “Perkara seperti berlaku agak kerap. Jauh lebih selamat melakukan hubungan seks di belakang tong sampah daripada di dalam garaj. ”

Troll Gorniy menambah: “Itulah kematian yang baik kerana kedua-duanya tertidur dalam suasana yang baik.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru