Tuesday, October 4, 2022

608 terima darjah kebesaran Kelantan esok

Secara Rawak

KOTA BHARU:  Sebanyak 608 orang  akan menerima darjah gelaran kebesaran negeri Kelantan di Istana Balai Besar  sempena hari keputeraan Sultan Muhammad ke-47 Sabtu ini.

Menteri Besar  Datuk Ahmad Yakob  akan mendahului   senarai penerima dan beliau merupakan satu-satunya penerima gelaran kebesaran yang membawa gelaran Dato’ Bentara Kanan.

Seramai 599 akan menerima gelaran kebesaran negeri, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian pada majlis tersebut, manakala 9 orang lagi dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).

Tema sambutan hari keputeraan tahun ini “Islam Dijulang, Raja Dijunjung, Rakyat Disanjung”.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, daripada jumlah tersebut seramai 29 individu merupakan penerima Darjah Kebesaran Al-Petrawi bagi peringkat kedua hingga kelima.

“Ia merupakan satu darjah kebesaran baharu yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Muhammad V bermula tahun ini.

“Yang dinamakan Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al-Petrawi yang terdiri daripada lima peringkat,” katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru