Yahudi tuntut janji Trump, iktiraf Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel

Sebaik sahaja Donald Trump muncul memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dan bakal diisytiharkan menjadi Presiden AS ke-45 seterusnya menggantikan Barrack Obama, ada pihak sudah menagih janji besar yang dibuat Trump sebelum ini.

Pengerusi Parti Bayit Yehudi (Parti Rumah Yahudi) dan Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet berkata, ekoran kemenangan Trump, tiba masanya bakal Presiden AS yang baru itu menunaikan ikrar yang pernah dibuatnya.

Amerika Syarikat (AS), Donald Trump nampaknya perlu segera mengotakan janjinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi Israel jika dipilih menjadi presiden.

“Era Palestin sudah pun berakhir,” kata Bennet dengan nada angkuh.

Israel secara haram menawan Baitulmaqdis Timur yang sebelum itu diduduki bangsa Arab semasa perang Arab-Israel 1967 dan merampasnya pada 1980.

“Kemenangan Trump merupakan peluang untuk Israel segera diiktiraf sebagai sebuah negara.

“Selain itu (perlu) menarik kembali tanggapan bahawa tanah yang diduduki adalah hak milik Palestin, supaya keselamatan Israel tidak terancam, kata Bennet menurut laporan AFP.

Bennet berkata, perkara tersebut perlu menjadi polisi Israel dan menambah kata, “Inilah sebahagian ikrar Trump sekiranya beliau dilantik menjadi presiden AS yang ke-45, seperti tertulis dalam teks ucapan kempen beliau.

Rejim Zionis mengisytiharkan keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang dibantah oleh Palestin yang mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin pada masa akan datang. 

AS dan kebanyakan negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu setakat ini lain tidak pernah mengiktiraf tindakan Israel.

Bahkan, masyarakat dunia menganggap status muktamad Baitulmaqdis merupakan isu utama yang perlu diselesaikan dalam rundingan damai Asia Barat.

AS di bawah Obama sebelum ini pernah menawarkan pelan mengiktiraf kewujudan kedua-dua negara, Palestin dan Israel demi perdamaian Asia Barat.

Kini, jika Trump berani menunaikan janjinya, beliau akan mengubah satu lagi babak baru dalam perkembangan Timur Tengah yang bergoncang setiap kali AS menukar presidennya. – Sarawakvoice