Monday, June 27, 2022

Program 100 hari Trumph dan kesan terhadap Malaysia

Secara Rawak

Kemenangan Donald Trump menewaskan Hillary Clinton untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 mencetuskan kebimbangan dunia, malah rakyat Uncle Sam itu yang tidak menyokong beliau.

Pasaran bursa saham menggeletar dengan sebahagiannya mencatatkan kerugian semalam.

Ketika kempen  sengit dalam tempoh dua tahun Trump  melakukan kontrak politik dengan rakyat Amerika.

Kontrak ini bakal termuat dalam program 100 hari pertama beliau berada di Rumah Putih, lambang kuasa utama dunia. 

Trump yang bermulut celopar dan banyak terjebak dalam kontroversi terutama menjelang bulan-bulan terakhir kempen berjanji untuk menghapuskan semua jejak kepemimpinan Presiden Barack Obama.

Akhbar Telegraph melaporkan Trump akan memberi perlindungan yang ketat di Amerika. Dia juga bakal memberlakukan sistem lama, antara pribumi dan pendatang.

“Dia diam-diam telah melayangkan panggilan untuk menghapus semua imigran tanpa izin dari Amerika Syarikat,” tulis Telegraph  Rabu.

Namun ramai yang bimbang jika Trump hendak melaksanakan dasar berkenaan, ini bakal merosakkan ekonomi AS.
Kalau betul beliau mahu melaksanakan kenyataan dan janjinya ketika kempen, Trumph akan mendeportasi imigran tanpa izin itu dengan catatan jenayah.

Trump dipetik sebagai berkata terdapat sekitar dua juta  imigran tanpa izin di negara itu.

Trump juga berjanji untuk mereformasi pemerintahan.

Trump menjanjikan untuk mengembalikan pemerintahan dari, oleh, dan untuk rakyat.

Trump berniat untuk melakukan pindaan perlembagaan di negara itu.

Calon parti Republikan itu dijangka melarang pejabat kongres menjadi pelobi.

Di sektor perdagangan, Trump bakal menyiapkan perbatasan ekonomi AS.

Dia akan mengumumkan niatnya untuk merundingkan semula perjanjian perdagangan bebas Amerika Utara, dengan Kanada, dan Mexico.

Mungkinkah Trump  akan membatalkan pembabitan dalam Tran-Pacific Partnership Agreement (TPPA), pengaturan perdagangan yang kontroversial dengan 12 negara?

Mungkinkah Trump akan mengabaikannya.

Jika ya, sudah tentu semuanya menjadi sia-sia, dan ini pastinya turut membabitkan Malaysia. Sebab, tanpa AS, TPPA tentu menjadi tidak bererti, dan ini pasti memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia.

Dengan adanya TPPA, Malaysia mempunyai akses kepada Kanada dan Mexico.

Apa pun, semua negara terbabit dijangka bertemu di Peru untuk membincangkan nasib perjanjian itu dalam waktu terdekat.

Berkaitan dengan dasar luar, Trump tidak akan melakukan dasar secara drastik di sebalik kempen serunya.

Memang, akan berlaku beberapa perubahan dari segi dasar, tetapi  bukan perubahan drastik.

Hubungan AS dengan Malaysia dijangka tidak banyak berubah susulan pertukaran Presiden dan dasarnya.

Pasti Trump tidak akan memilih dasar memisahkan dirinya dengan dunia kerana sebagai kuasa utama dunia, survival AS juga bergantung kepada dunia.

Yang pasti, Trump mahu membetulkan kesilapan Obama dan membuktikan dirinya lebih baik daripada Presiden AS yang ke-44 itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru