Sunday, June 26, 2022

Lelaki rogol kambing, ayam dan lembu kerana cinta ditolak

Secara Rawak

KENYA: Hanya kerana cintanya ditolak, seorang lelaki menjadi hilang pertimbangan apabila merogol kambing yang dibela oleh keluarga wanita pujaan hatinya itu yang merupakan jirannya sendiri.

b9aff93d-ac69-41f8-931a-791e17f6b65fGabrielle Simiyu 26 tahun hampir dihakimi oleh orang awam setelah “ditangkap basah” merogol kambing betina milik jirannya.

Richard Wanyonyi si pemilik kambing berkata, dia mendengar suara kambingnya bising pada tengah malam pada Selasa.

Pelik dengan suara yang luar biasa itu, dia kemudian memutuskan untuk memeriksa keadaan kandang kambingnya.

Apa yang dia temui adalah sangat memeranjatkan, iaitu lelaki berusia 26 tahun itu sedang asyik bermadu kasih dengan salah seekor kambing betinanya.

Ketika hendak ditangkap, Gabrielle Simiyu telah melarikan diri dan meninggalkan sebelah seliparnya.

84fc74af-2e4d-4d21-82c0-9a5a5422763c

Pada keesokan harinya, dia mencari pemilik selipar tersebut. Ketika ditanya kepada ibu suspek, ibunya mengatakan bahawa selipar itu milik anak lelakinya.

Tidak menunggu lama, Richard memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan menangkap Simiyu dan menggantungnya dipohon sebatang pokok dengan posisi terbalik sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Simiyu sendiri mengaku segala perbuatannya dan minta dimaafkan.

Menurutnya dia melakukan semua itu kerana sakit hati kepada anak gadis jiran yang menolak cintanya.

Bagaimana pun orang awam meminta pihak polis memberikan hukuman yang setimpal kepada Siminyu kerana sebelumnya lelaki berkenaan pernah ditangkap merogol lembu dan ayam milik orang kampung. Sumber: Blog Wartawan Jalanan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru