Monday, June 27, 2022

Kartun The Simpsons ramal Trump jadi presiden 16 tahun lalu

...kemudian berlaku kerosakan, lalu Hillary ambil alih jawatan Presiden

Secara Rawak

WASHINGTON: Siri kartun animasi The Simpsons yang terkenal sejak 1989, pernah meramalkan beberapa insiden besar dalam siarannya yang kemudian menjadi kenyataan, antaranya serangan wabak maut ebola, tragedi serangan 911 dan kejatuhan harga minyak global.

Ramalan terakhir adalah berkaitan kisah lucu watak dan wajah yang menyerupai Trump menjadi presiden Amerika Syarikat yang disiarkan pada tahun 2000 dalam episod “Bart To The Future”.

Jadi, Donald Trump sudah diramalkan menjadi Presiden AS, 16 tahun yang lalu? Soal The Washington Post pada Rabu.

Animasi mengisahkan Trump memegang puncak kuasa Rumah Putih disiarkan di kebanyakan stesen televisyen AS dan ditontonsekitar 15 juta audiens.

Menerusi salah satu episod tersebut, watak Lisa Simpson anak kedua Homer digambarkan sebagai presiden AS yang berbincang serius di kelilingi para penasihatnya berkaitan masalah Trump dengan latar belakang politik pada 2030.

Ajaibnya, watak Lisa yang digambarkan mengambil alih jawatan presiden daripada selepas Trump melakukan kerosakan ke atas bangsa dan negara AS digambarkan dengan penampilan seperti Hillary Clinton melalui cara pakaian dan rantai mutiara yang dipakainya.

Penulis nashkah animasi THe Simpsons Dan Greaney, penulis naskhah animasi yang juga menulis skrip beberapa episod The Simpson pada Mac lalu pernah berkata kepada The Hollywood Reporter bahawa, “ini merupakan peringatan bagi AS.”

Pencetus siri The Simpsons, Matt Groening diwawancara The Guardian berkata, “Kami berjenaka meramalkan beliau (Trump) menjadi presiden AS,” ujarnya dipetik daripada berita Agensi.

Trump, 70, mewakili parti Republikan untuk jawatan presiden AS berjaya menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton, 69 dari parti Demokrat pada pilihan raya berakhir petang Rabu untuk menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama.

Bilionaire tersebut meraih 47.3 peratus undi popular mengatasi Hillary 42 peratus undi popular. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru