Tuesday, August 16, 2022

Polis jejaki pemilik akaun facebook “Sarawak Keluar Malaysia 2021”, selepas terima 12 laporan polis – Dev

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak telah menerima sejumlah 12 laporan polis berhubung laman facebook “Sarawak Keluar Malaysia 2021” sehingga jam 9.00 malam tadi.

Laporan polis dibuat wakil Saberkas Negeri, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup di Balai Polis Satok semalam.
Laporan polis dibuat wakil Saberkas Negeri, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup di Balai Polis Satok semalam.

Laporan polis dibuat wakil Saberkas Negeri, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup di Balai Polis Satok semalam.Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, tujuh laporan dicatatkan di Kuching, 3 di Miri dan masing-masing satu di Padawan dan Serian.

” Pihak kami akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kata Dev, pihaknya kini sedang menjejaki pemilik akaun laman facebook “Sarawak Keluar Malaysia 2021”.

Laporan polis tersebut dibuat berikutan muat naik status tersebut yang melaga-lagakan pimpinan Kerajaan Negeri dan Pusat, dan menggambarkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hendak membawa Sarawak keluar dari Malaysia.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Isnin telah mengeluarkan kenyataan, menafikan perkara tersebut sambil menyifatkan fitnah pentadbir akaun itu sebagai berniat jahat.

Berikutan itu, laporan polis mula dibuat dan antara yang terawal ialah Ketua Penerangan Pemuda PBB Negeri, yang juga Adun Tupong, Fazruddin Abdul Rahman.

Ini merupakan kali kedua siasatan terhadap pengguna facebook di negeri ini diambil dalam tempoh seminggu.

Pada Ahad lalu, polis turut mengambil tindakan menyiasat status facebook dan sebaran whatsapp yang viral mengenai kes kanak-kanak yang dibunuh untuk organ dalaman, yang kononnya berlaku di Singai, Bau.

Berhubung kes tersebut, dua wanita, masing-masing dari Bau dan Kuching telah ditahan, setelah menyerah diri untuk membantu siasatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru