Sunday, June 26, 2022

Lelaki miskin bawa balik mayat isteri berjalan kaki sejauh 80 km

Secara Rawak

HYDERABAD:  Disebabkan kedaifan dan kemiskinan, seorang peminta sedekah  di sini terpaksa menolak mayat isterinya sejauh 80 kilometer menuju ke kampungnya di Vikarabad di Telangana untuk dikebumikan.

Lelaki malang itu tidak mempunyai wang untuk membayar pengangkutan dan ambulans.

Menurut laporan India Times kisah L Ramulu, 53 mendapat perhatian polis selepas orang awam melaporkan ternampak seorang lelaki menyorong kereta bersama mayat Sabtu lepas.

screen-shot-2016-11-09-at-09-44-10

Ramulu,  dikatakan datang ke Hyderabad enam tahun lalu dan tinggal bersama dengan isterinya  Kavitha, 46 tahun.

Pada malam Jumaat, selepas isterinya  Kavitha meninggal dunia di hospital, dia membuat keputusan membawa mayat isterinya itu balik ke kampung halaman.

Ramulu mengatakan pihak hospital meminta bayaran untuk menghantar mayat isterinya namun dia tidak mampu.

“Dari mana saya  nak dapat duit? Satu rupee pun saya tak ada,” katanya.

Jadi, dia pun membawa mayat isterinya itu menggunakan kereta sorong dan berjalan dengan berjalan kaki.

Namun,dia tersesat jalan.

Ramulu akhirnya dibantu penduduk tempatan di Vikrabad dan dibawa pulang menaiki ambulans.

“Keadaannya sangat menyayat hati. Ini tidak sepatutnya berlaku pada mana-mana manusia,” kata Ramesh Kumar yang membantu mendapatkan ambulans untuk Ramulu.

Mayat isterinya berjaya dibawa ke kampung pada malam Sabtu lalu.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki,  Dana Majhi turut terpaksa memikul mayat isterinya, Amang, 42, dengan berjalan kaki sejauh 12km selepaas pihak hospital, tempatnya meninggal didakwa tidak mahu menyediakan ambulans ke kampung halamannya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru