Sunday, June 26, 2022

Ketika AS cari presiden, 75% responden global sudah pilih Hillary

Secara Rawak

NEW YORK: Rakyat Amerika Syarikat (AS) mula membuang undi Selasa, bersamaan tengah malam semalam waktu Malaysia.

Memasuki hari Rabu, sekitar 12.10 pagi waktu Malaysia, Donald Trump, calon Republikan untuk kerusi presiden AS, membuang undi bersama isterinya Melania di sebuah sekolah berhampiran kediamannya di New York.

Trump berkata, “kita akan lihat apa yang berlaku, ia kelihatan agak baik. Ia akan menjadi menarik.”

Sementara, lawan Trump, Hillary Clinton, 69, calon presiden dari Demokrat membuang undi di Chappaqua, New York seawal 9.16 malam, Selasa waktu Malaysia.

Memetik Daily Mail, Hillary berkata, “Saya rasa senang, saya tahu besarnya tanggungjawab yang diharapkan pengundi hasil daripada pilihan raya ini. Saya sedia melakukan yang terbaik selagi mampu dan merasakan akan menang.”

Selain kajian dan survei nasional Pilihan Raya Presiden AS, survei global kuat mengatakan Hillary berpeluang mengalahkan Trump yang terkenal sebagai calon kontroversi yang celopar semasa berkempen.

Survei Showt, menunjukkan sekitar 75 peratus responden dari seluruh dunia menyokong Clinton menjadi presiden AS ke-44 berbanding Trump yang hanya memungut 37 peratus.

Survei dilakukan pada hampir 100 portal berita terkemuka di seluruh dunia yang menggunakan Showt.

Hasil survei menunjukan respons sentimen sokongan dari pembaca portal berita tersebut.

Eropah, Afrika, Australia dan New Zealand mempunyai sentimen kuat menyokong Hillary menjadi presiden AS.

Survei Showt berlangsung sejak September lalu dengan sentimen menyokong Clinton semakin kuat beberapa jam sebelum rakyat AS membuang undi beramai-ramai.

CEO Showt Michael March berkata pada Selasa bahawa pilihan raya presiden AS mempunyai pengaruh besar ke atas penduduk di planet Bumi.

Showt buat pertama kali menyediakan cara bagi warga dunia menyertai pilihan raya bersejarah ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru