Sunday, June 26, 2022

Jika Trump menang sediakah kita ikat ringgit pada RM4.2 berbanding AS$1?

Secara Rawak

PETALING JAYA: “Jika Hillary Clinton terpilih, penerusan dasar Barack Obama boleh dijangkakan. Ia akan mengurangkan ketidaktentuan tertentu dan dolar terus diniagakan tanpa banyak berubah dalam senario berkenaan,” ramal Ketua Pakar Ekonomi RHB Banking Group, Lim Chee Sing.

donald-trump-grow-upSementara, menurut Lim, jika Donald Trump terpilih, sebagai seorang yang sangat sentrik AS, dasar Trump yang tidak menentu akan mewujudkan kebimbangan untuk orang di luar AS.

Memetik laporan Bernama, Lim menambah, “orang ramai akan terus mendapatkan dolar kerana ia adalah mata wang selamat. Dolar AS akan mengukuh bukannya menjadi lemah.”

Lim yang juga Pengerusi Institut Penyelidikan RHB bercakap pada sidang akhbar di Seminar Siri Ke-42 TaxMax anjuran Deloitte Malaysia menganggap pilihan raya AS mempunyai kesan penting ke atas dolar AS dan seterusnya ke atas ringgit.

TaxMax ialah seminar tahunan disasarkan kepada pasukan pengurusan atasan, profesional kewangan serta individu berminat yang ingin memanfaatkan pelbagai peluang perancangan cukai daripada Bajet 2017.

Seminar sehari yang bertemakan “Keputusan Berani, Tindakan Berani” itu membincangkan cara bagaimana menjadi peneraju, membuat keputusan sebaik mungkin dan memulakan langkah bagi mengatasi ketidaktentuan ekonomi sekarang ini.

Pada seminar tersebut, Lim turut meminta pengeksport Malaysia agar menimbang kaedah untuk melindungi nilai ringgit secara agresif sebaik sahaja ia melepasi RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Lim mencadangkan agar pengeksport menjual hasil dolar AS ke depan ketika ringgit mungkin mengukuh kepada 3.8 bagi setiap dolar AS pada 2017.

“Selain faktor asas lain yang semakin lemah, ringgit sebenarnya terkurang nilai kerana ketika ini terdapat unsur politik dan premium risiko pelaburan di dalamnya.

“Kebimbangan mengenai ketidakstabilan politik digembar-gembur secara berlebihan.

Menurut Lim, melalui peredaran masa, premium risiko politik yang dikaitkan dengan ringgit akan semakin berkurangan.

Beliau berkata, jika landskap politik menjadi lebih jelas, ketidaktentuan akan hilang kemudian dan premium risiko akan mengecil serta ringgit akan kembali kukuh ke paras 3.8 berbanding dolar menjelang akhir 2017. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru