Tuesday, June 28, 2022

Ibrahimovic yakin MU tunggu masa bangkit dalam Liga Perdana Inggeris

Secara Rawak

Manchester United masih sukar bersaing di Liga Perdana Inggeris sehingga pasukan itu tercorot pada posisi keenam carta.

Manchester United hanya mendapat 18 mata, tertinggal lapan mata berbanding Liverpool yang menduduki puncak carta.

Namun, Meskipun tertinggal dalam memburu juara Liga Inggeri, Ibrahimovic yakin Manchester United memiliki kemampuan jauh lebih besar berbandingkan prestasi yang dipersembahkan setakat ini.

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic menyifatkan pasukannya hanya menunggu masa untuk benar-benar tampil konsisten dan menyerlah sebagai pasukan elit.

“Kami pasukan gabungan beberapa peringkat usia, pemain berpengalaman, pemain muda, namun kualiti tetap ada pada pasukan ini.”

Ibrahimovic seperti dikutip Goal berkata, “Saya yakin kami mampu meraih sesuatu bersama pasukan ini.”

Manchester United menurut Ibrhaimovic, hanya mernunggu masa untuk benar-benar tampil menyerlah seterusnya mampu mengatasi lawannya dalam Liga Perdana Inggeris.

“Setiap hari yang kami lalu membuat kami akan saling mengenali dan semakin seperti satu keluarga.

“Setiap pemain tahu apa yang diperlukan rakan sepasukan,” kata bekas penyerang Barcelona itu.

“Keadaan tidak menyebelahi kami dalam beberapa pertandingan. Saya yakin apabila kami bekerja keras, maka ada ganjarannya kelak,” kata Ibrahimovic. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru