Sunday, June 26, 2022

Donald Trump Presiden Amerika Syarikat ke-45

Secara Rawak

NEW YORK: Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan ucapan perdananya setelah pasti menang pilihan raya presiden melalui hitungan cepat “electoral college”.

Trump berjaya memungut 288 undi elektoral berbanding 215 yang dipungut Hillary Clinton.

Bercakap di hadapan penyokong di New York, Trump menjanji membangun AS menjadi yang terbaik di dunia.

screen-shot-2016-11-09-at-17-17-38

“Saya mahu berkata, meskipun kempen sudah berakhir, tugas kita baru saja bermula.

“Kita segera bekerja untuk warga Amerika dan kita akan melakukan tugas sehingga kamu berbangga dengan presiden kamu,” kata Trump.

Trump calon Republikan menjadi presiden AS ke-45.

Trump sempat menyatakan, beliau sudah mendapat panggilan telefon daripada lawannya, Hillary yang memberi ucapan tahniah atas kemenangannya.

“Saya baru saja menerima telefon dari Hillary. Dia memberi ucapan selamat. Dia juga sudah bertarung sangat sengit. Pertarungan yang lama dan berat. Tapi sekarang waktunya kita bersama-sama menjadi masyarakat AS yang bersatu,” ujar Trump.

Kemenangan Trump seawal 3.30 petang memungut 276 undi elektoral petang Rabu waktu Malaysia, menjadikan Parti Republik kuat dan menyapu bersih suara majoriti di dewan perwakilan.

Sementara, kemenangan tipis Senator Pat Toomey ke atas calon Demokrat Katie McGinty, di Pennsylvania sekali lagi memberi Republik turut berkuasa di senat.

Dengan menguasai dewan perwakilan dan senat, memudahkan Republik meluluskan undang-undang baru AS.

Meramalkan kemenangan Hillary, pasaran saham Asia berjatuhan kerana panik melihat Trump memintas Hillary di belakang setakat keputusan tengah hari Rabu, Hillary-Trump 204: 218.

Ketika Trump menguasai majoriti undi elektoral untuk menjadi presiden ke-45 Amerika Syarikat, Hillary hanya memungut 218 undian dengan undi majoriti 47 peratus berbanding Trump 51 peratus.

Rakyat AS membuang undi pada Selasa, bersamaan tengah malam waktu Malaysia.

Memasuki hari Rabu, sekitar 12.10 pagi waktu Malaysia, Donald Trump, calon Republikan untuk kerusi presiden AS, membuang undi bersama isterinya Melania di sebuah sekolah berhampiran kediamannya di New York.

Sementara, lawan Trump, Hillary Clinton, 69, calon presiden dari Demokrat membuang undi di Chappaqua, New York seawal 9.16 malam, Selasa waktu Malaysia.

Survei Showt awalnya menunjukkan sekitar 75 peratus responden dari seluruh dunia menyokong Clinton menjadi presiden AS ke-44 berbanding Trump yang hanya memungut 37 peratus.

Sebahagaian penganalisis meramalkan, Trump akan menimbulkan panik di seluruh dunia jika beliau terpilih menjadi presiden AS pada Rabu.

Ini kerana Trump telah melancarkan serangan terhadap beberapa negara dunia dalam retorik semasa berkempen.

Bagaimanapun, penganalisis politik lembaga think tank Cato Institute, David Boaz, menurut CNN di Washington berkata, “saya tak percaya dia akan menjadi presiden yang buruk, kerana tiada orang seburuk itu.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru