Tuesday, November 29, 2022

Tengah pertegaskan ketidakwajaran kenakan caj jalan di sempadan Brunei

Secara Rawak

LAWAS: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan mempertegas ketidakwajaran Kementerian Pengangkutan mengenakan caj jalan (RC) di pintu sempadan Sarawak.

makmal-tanah-gambut-sarawak00

“Kita harap ini tidak dilaksana di Sarawak dan Sabah khususnya dirantau BIMEAGA, walaupun RC ini sebahagian agenda negara untuk menambah pendapatan,” ujar Awang Tengah yang menganggap tindakan tersebut menjejaskan ekonomi serta pelancongan negeri ini.

Bercakap selepas penyampaian hadiah Kejohanan Raja Libas Borneo 2016 pada Isnin, Awang Tengah menjelaskan bahawa sumber pendapatan negara yang terbesar disumbang oleh sektor pelancongan.

Setiap tahun berjuta pelancong luar memasuki negara melalui pintu sempadan Sarawak dan Sabah.

Di pintu sempadan Johor-Singapura kerajaan mengenakan caj RM20 bagi setiap kenderaan yang memasuki negara bermula awal November lalu.

Bercakap berkaitan Kejohanan Raja Libas, Awang Tengah berpuas hati dengan kejohanan tersebut yang turut disertai Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berharap untuk kejohanan seterusnya, kejohanan inin dapat melibatkan penyertaan Semenanjung serta Kalimantan Indonesia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru