Sunday, June 26, 2022

Perangai buruk pelancong China, buang sampah di lapangan terbang Jeju

Secara Rawak

JEJU:  Pelancong China terkenal dengan perangai buruk apabila melancong di luar negara.

Disebabkan perangai memalukan itu, kerajaan China sering mengingatkan rakyatnya supaya menjaga tingkah laku dan perangai apabila melancong di luar negara.

Namun, peringatan tersebut bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Terbaharu,  pelancong dari China membuat hal lagi.

Kali ini di  di lokasi pengambilan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Menurut Korea Times, pelancong berkenaan membuang beratus-ratus balutan plastik barangan bebas cukai.

Foto Korea Times Jemin Ilbo
Foto Korea Times Jemin Ilbo

Kawasan  itu merupakan kawasan  menunggu sebelum  penumpang menaiki pesawat.

Mereka didakwa membuka balutan dan membuangnya ke atas lantai meskipun tong sampah disediakan berdekatan tempat mereka membuang balutan plastik berkenaan.

Korea Airports Corporation terpaksa menambah jumlah kakitangan pembersihan bagi membuang sampah yang ditinggalkan sampah ditinggalkan pelancong tidak bertanggungjawab itu.

Pada masa depan, lapangan terbang Jeju yang terkenal dengan pelancong asing itu merancang untuk mendenda mereka yang membuang sampah di atas lantai bagi menghentikan amalan buruk itu.

Korea terkenal dengan kebersihan dan sudah tentu amalan membuang sampah dalam kalangan pelancong tidak disenangi rakyatnya yang terkenal dengan disiplin tinggi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru