Sunday, September 25, 2022

Ooo… Ada ular berbisa dalam pesawat!

Secara Rawak

CIUDAD DE MEXICO: Seekor ular berbisa terakam kamera telefon pintar bergantungan di celah tepi dinding pada dek bagasi kabin pesawat Aeromexico.

Kehadiran “penumpang tidak diundang” itu menyebabkan penumpang heboh dalam penerbangan dari Torreon menuju Ciudad de Mexico pada Ahad.

Kewujudannya baru disedari penumpang semasa pesawat sudah berlepas landasan.

Penumpang lelaki yang duduk tepat di bawah ular tersebut bergayut melompat terkejut dari kerusinya sebaik sahaja terlihat ular hijau berkenaan.

Memetik Daily Mail pada Selasa, penumpang bernama Indalecio Medina sempat berkicau di Twitterya, “ular berbisa, terbang (naiki pesawat). Pengalaman unik menaiki penerbangan Aeromexico 231.”

Medina juga memuat naik video ular berbisa tersebut ke talian maya.

Menurut rakaman yang dimuat naik itu, ular sepanjang 1.5 meter tersebut awalnya hanya bergantung pada tepi dek simpan beg di atap kabin penumpang.

Namun, kemudian ular tersebut mula menjulurkan dirinya seperti hendak menjatuhkan diri ke kerusi penumpang.

Saksikan video tersebut:

https://www.youtube.com/watch?v=fcOcfV4E_4k

Pramugari cuba menenangkan penumpang dengan memberi majalah untuk dibaca bagi mengalih perhatian sehinggalah juruterbang mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ciudad de Mexico, lapor Reuters.

“(Kehadiran ular) itu lebih buruk daripada goncangan, angin kencang dan hujan,” kata penumpang lain di media sosialnya memetik berita Okezone.

Syarikat penerbangan mahu menyiasat bagaimana  reptilia berbahaya itu dapat memasuki pesawat, namun sebaik sahaja mendarat, pakar ular dipanggil menangkap ular berkenaan.

Kemunculan ular dalam pesawat bukan cerita baru, pada Oktober 2012, penerbangan Mexico-Glasgow juga “ditumpangi” seekor ular.

Kehadiran ular tersebut hanya disedari ketika pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Scotland. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru