Sunday, August 14, 2022

Mahkamah benarkan permohonan Hadi Awang ketepikan perintah ingkar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu petang semalam membenarkan permohonan  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah ingkar bertarikh 12 Ogos 2016 yang difailkan terhadapnya, demikian menurut peguam beliau Hamid Ismail hari ini.

Pada 28 Oktober 2016 lalu, Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu telah menunda permohonan Presiden Pas untuk mengetepikan perintah ingkar terhadapnya ke semalam kerana hakim yang mendengar permohonan tersebut mempunyai hal kecemasan.

Hadi telah disaman oleh Marcel Jude Joseph atas sebuah artikel yang diterbitkan dalam Harakah yang berkaitan dengan Kristian.

Setiausaha Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) Pas, Ahmad Lutfi Awang dalam satu kenyataan berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan bagi pihak Hadi dan Pas  telah menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada peguam Pas yang mengendalikan kes ini,  Hamid Ismail, Timbalan Pesuruhjaya Pas Sabah merangkap Pengerusi Luham Sabah.

“Kes ini dianggap selesai kerana Mahkamah Sesyen telah membuang Writ Saman tersebut pada 28 Julai 2016,” kata  Ahmad. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru