Sunday, August 14, 2022

Lelaki miliki, guna dadah dicekup di Jalan Haji Taha, Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seorang penganggur kelu tidak terkata, apabila perbuatannya menyimpan dadah terbongkar selepas dicekup polis pada Ahad lalu.

Lelaki berusia 22 tahun dari Taman Cenderawasih itu tumpas setelah dia dan tiga takannya diserbu dan diperiksa sepasukan anggota Siasatan Jenayah IPD Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Ooi Jin Bing.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan dilakukan di Jalan Haji Taha dekat sini sekitar jam 4 petang, setelah polis menerima maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap beg pinggang jenama NIKE yang dipegang suspek, polis menemui satu paket plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu, dengan anggaran berat kasar 4.01 gram.

“Turut ditemui tiga paket plastik mengandungi serbuk warna putih disyaki ketamin, dengan anggaran berat kasar 1.44 gram.

Berikutan penemuan itu kata Abang Ahmad, suspek telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki dan mengguna dadah.

Ujian urin kemudiannya mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamin. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru