Tuesday, June 28, 2022

Ahli DAP: ‘Dear Sultan of Johor… Know your limit’ tarik balik kenyataan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR; Seorang ahli DAP, M Satees mempertikaikan arahan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang melarang protes jalanan di negeri itu di laman Facebooknya.

M Satees yang mengulas mengenai arahan Sultan Johor itu telah meminta Sultan Johor supaya sedar akan batasan baginda.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk menyekat sesiapa pun daripada menyertai perhimpunan aman.

“Perlembagaan Negeri  baginda tidak lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan,” kata M Satees.

Tulisan  itu kemudiannya menjadi viral, dan mencetuskan kemarahan netizen.

Namun, beliau kemudian memadam tulisan terbabit dan memohon maaf kepada Sultan Ibrahim.

Ahli DAP itu berkata, tulisan itu adalah ‘pandangan peribadinya’.

screen-shot-2016-11-08-at-7-57-06-am

Tulisan penuh beliau berbunyi:

“Dear Sultan of Johor… Know your limit. You have no power to stop anyone from taking part in any peaceful assembly! Your state constitution is not greater than the Federal Constitution. No one is above the Federal Constitution, in fact.

“Article 10 (1) (b) of the Federal Constitution guarantees the right of the Malaysian to assemble peacefully.

“So, Dear Sultan, you don’t try to undermine the highest law of the land by issuing your ‘decrees’! Please know your limit, and act accordingly as the Constitution Head of State!!”.

Khamis lalu, baginda Sultan Johor dalam ucapan sempena perhimpunan bangsa Johor bertitah tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan di negeri ini yang boleh menjejaskan perpaduan.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor supaya tidak mengikut budaya sesat itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru