Tuesday, August 9, 2022

Tragedi bot karam di Batang Lupar awal pagi tadi, seorang mangsa hilang, empat selamat

Secara Rawak

SRI AMAN: Satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pagi ini bagi mencari seorang mangsa yang hilang, setelah bot yang dinaikinya dan empat yang lain karam di Sungai Batang Lupar, berhampiran Entawai Ulu, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.35 pagi tadi dan lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman digerakkan ke Ibu Pejabat Polis Engkilili untuk mengaktifkan operasi SAR.

“Bot yang dinaiki lima penumpang itu difahamkan karam sekitar jam 1.35 pagi tadi. Empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi masih hilang.

“Tiada maklumat lanjut mengenai identiti dan jantina mangsa,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru